REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
Nama: Email:

Sektor Pertanian Merupakan Industri Yang Terpenting



Pertanian bukan lagi satu industri suram, sebaliknya semakin berkembang berikutan permintaan besar untuk menjamin pengeluaran makanan yang cukup di seluruh dunia.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Rohani Abdul Karim, berkata krisis makanan mendorong semua negara mengubah pandangan mengenai industri pertanian yang kini menjadi amat penting

"Pertanian lazimnya dikaitkan dengan kemiskinan dan tidak menarik minat sektor perniagaan tetapi disebabkan krisis jaminan makanan di seluruh dunia sekarang, pentingnya bidang pertanian dan industri pertanian pada masa ini semakin menyerlah," katanya berucap merasmikan mesyuarat Pemimpin Perniagaan D8 di sini, hari ini. - Bernama
.