
Walaupun pelbagai langkah dan tindakan telah diambil, namun kemalangan maut yang membabitkan bas ekspress terus berlaku. Baru-baru ini enam orang terbunuh dalam kemalangan yang melibatkan sebuah bas ekspres dua tingkat di kilometer 433, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Rawang.
Kejadian itu menimbulkan persoalan mengenai tahap penguatkuasaan peraturan jalan raya di negara ini sekali gus mengabaikan keselamatan penumpang kenderaan awam. Dalam kes terbaru, kedua-dua pemandu yang bertanggungjawab menjaga nyawa penumpang sepanjang perjalanan itu mempunyai kesalahan lalu lintas yang agak serius. Siasatan awal mendapati pemandu kedua yang memandu ketika kemalangan hari itu memiliki lapan saman - kesemuanya atas kesalahan memandu laju sejak 2002. Manakala pemandu pertama, antara mangsa yang terbunuh, mempunyai enam saman dan lima waran tangkap atas kesalahan yang sama.Kemalangan ngeri pukul 5 pagi ketika sebahagian besar mangsa sedang lena itu meragut nyawa lima penumpang bas berkenaan selain pemandu pertamanya turut terkorban.
Dalam hal ini siapa harus di persalahkan perlukah pihak majikan, kerana tidak memilih pemandu yang betul-betul berhemah atau pemandu bas itu sendiri kerana tidak memikirkan keselamatan penumpang yang dibawa???
setiap tahun tidak lepas dari perkara ini...
